KUPASAN ANTOLOGI TEKS CERPEN ANAK GLOBAL - DR. SITI KHARIAH MOHD ZUBIR & NORSALIZA MOHD SHUHAINI

Friday 21 October 2011

Cerpen Cikgu Apek

Siti Hajat Mohd Zaki

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang cikgu wanita yang bernama Cikgu Faduhah yang datang ke perkampungan Orang Asli buat kali kedua untuk menyebarkan dakwah Islam tetapi dipandang sinis oleh seorang cikgu tadika yang bernama Cikgu Apek. Cikgu Apek berpendapat bahawa kedatangan Cikgu Faduhah adalah untuk mengubah pegangan hidup nenek moyang masyarakatnya Orang Asli.Sebenarnya  Cikgu Apek ini adalah sahabat baik Cikgu Faduhah semasa di Universiti dahulu, tetapi Cikgu Apek berhenti belajar kerana tidak dapat menerima perubahan dalam hidup sehariannya. Oleh sebab itu juga, dia telah menyebabkan kematian ibunya yang sangat kecewa dengan tindakan berhenti belajar.

Kedatangan Cikgu Faduhah untuk kali kedua ini tidak disambut mesra oleh Cikgu Apek seperti mana dia menyambut  Cikgu Faduhah buat pertama kalinya kerana Cikgu Apek telak berperasangka buruk dengan niat kedatangan Cikgu Faduhah. Padahal perjuangan mereka berdua adalah sama iaitu untuk memajukan penduduk kampung Orang Asli. Bezanya cuma perjuangan Cikgu Apek untu kmemajukan penduduk dari segi ilmu pengetahuan dan ingin menebus kesilapan lalu. Manakala Cikgu Faduhah ingin berdakwah. Pandangan serong Cikgu Apek kepada Cikgu Faduhah adalah kerana sebelum ini  telah datang sekumpulan pelajar yang telah mengajar masyarakat Orang Asli untuk memeluk islam secara terang-terangan. keadaan ini telah menimbulkan kemarahan Cikgu Apek dan penduduk kampung Orang Asli yang sangat berpegang teguh kepada ajaran nenek moyang mereka.

Tetapi, Cikgu Faduhah adalah seorang wanita yang bijaksana dalam menyampai dakwah Islam. Dia telah memberi pandangan yang baik-baik dan sebenarnya tentang Islam sehingga kebijaksanaan Cikgu Faduhah itu telah mengubah pandangan negatif Cikgu Apek terhadap Islam yang sebenarnya. Sekaligus, telah menyebabkan Cikgu Apek untuk menyelami dengan lebih mendalam tentang Islam. Selain itu juga, Cikgu Faduhah juga telah berjaya memujuk Cikgu Apek untuk menyambung pelajarannya ke martab perguruan.

TEMA

Tema dalam cerita ini adalah semangat ynag tinggi dalam perjuangan menyebarkan dakwah Agama Islam. Semangat yang tinggi ini dimiliki oleh watak seorang perempuan yang bernama Faduhah iaitu seorang gadis bandar yang ingin berbakti kepada masyarakat Orang Asli dengan menyebarkan dakwah Agama Islam.

WATAK DAN PERWATAKAN 

Cikgu Apek
  • Beliau seorang pemuda yang berumur dalam 20-an.
  • Cikgu Apek bekerja sebagai guru tadika di perkampungan Orang Asli dan dia adalah salah seorang antara beberapa orang guru tadika lelaki di Malaysia.
  • Dia juga seorang anak Orang Asli yang tinggal di Kampung Tohor.
  • Ciri-ciri yang ada pada watak Cikgu Apek ini ialah
    1. rambut kerinting halus
    2. dia berdahi jendul
    3. berkulit hitam
    4. berbadan sasa
    5. dadanya bidang
    6. otot-otot lengannya megah menimbul
    7. memiliki mata yang besar
    8. berkening lebat dan bibir yang tebal
PERWATAKAN

  1. Seorang yang serius 
    • Cikgu Apek seorang yang sangat serius dalam percakapannya. Dia tidak pernah untuk menguntumkan senyumannya kepada sesiapa pun walaupun kepada Cikgu Faduhah, terutamanya bila dia mengetahui tujuan kedatangan Cikgu Faduhah ke perkampungnya.
    • Selain itu, Cikgu Apek juga sukar diajak bergurau senda. Contoh petikan m/s 132 
     
     "Aku sentiasa mengintai-intai senyuman 
    mahalnya. Senyumannya tidak semanis mana,
    tetapi setelah beberapa hari saling bertukar
    sapaan dan menghidang sembang, tahulah 
    aku dia serius dalam ramah sebenarnya.
    Cuma dia sukar diajak bercura."

  2. Seorang yang cemburu
    • Cikgu Apek seorang yang cemburu terhadap anak-anak di kampung tersebut kerana mereka dengan mudah dapat menghafal asas-asas bacaan Al-Quran daripada membaca perkataan ABC walaupun telah lama diajar.
    • Contoh petikan m/s 133
    "Aku tidak terkata apa-apa daripada
    langgam penceritaannya, ku dapat hidu,dia
    guru yang diburu cemburu kerana fikrah 
    anak-anak itu lebih mudah mengelopak 
    segar dengan hafalan alif, ba, ta berbanding
    ABC yang masih tersengguk-sengguk,
    walaupun sudah lebih awal diajar.
  3.  Seorang yang pesimis
    • Cikgu Apek seorang yang bersikap pesimis ataupun seorang yang berfikiran sempit.
    • Dia memandang sinis kedatangan Cikgu Faduhah buat kali kedua kerana niat baik Cikgu Faduhah untuk menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk kampung itu dan membuat kebajikan kepada masyarakat di situ.
    • Contoh petikan m/s130
    "Kenapa masih ke sini?"
    "Salahkah berbakti kepada masyarakat kau?"
    "Masih tak serik?"
    "Mengapa aku mesti serik?" 

  4.  Terlalu berpegang teguh pada cara hidup lama
    • Cikgu Apek tidak dapat menerima akan perubahan dalam dunia pembelajarannya iaitu di dunia kampus di tempat belajarnya. Keadaan di kampus gagal menjadi tempat untuk dia melupakan kampung halaman, hutan dan sungai. Ini kerana dia masih muda untuk berfikiran matang dalam menentukan cara hidupnya.
    • Contoh petikan di muka surat 137
    "Sebenarnya, Apek mantan warga kampus 
    yang tidak sempat ke garisan penamat.......
    sayang. pohon matangnya belum 
    bertunjang,  Kampus gagal menjadi latar 
    alam untuknya melupakan kampung, hutan
    dan hutan.........."
     
  5.  Cepat putus asa
    • Dia tidak sempat meneruskan pengajiannya sampai ke akhir tahun. Dia mengalah dengan begitu mudah dan tidak dapat menerima akan perubahan terhadap cara hidup dan arus pemodenan yang berlaku di kampus di mana tempat belajarnya.
    • Kepulangannya tidak disambut oleh ibunya kerana ibunya sangat kecewa dengan tindakannya itu dan keadaan itu menyebabkan dia menyesal seumur hidup.
    • Contoh di muka surat 137
"Dia tidak kuat berenang  di alam konkrit
yang penuh teknologi. Dia terkapai-kapai.
Sesekali dihanyuti arus deras, dan cepat mengalah.
"Akhirnya, dia kembali ke dunia asal.""


Cikgu Faduhah
  • Seorang gadis yang berasal dari Kuala Lumpur
  • Mempunyai sepasang mata sepet.
  • Salah seorang ahli daripada wakil persatuan JASA.
  • cekal-telah datang ke perkampungan Orang Asli buat kali kedua walaupun semasa kunjungan pertamanya di situ, dia telah menjerit ketakutan apabila dihinggapi 2 ekor lintah
  • penyayang- apabila dia tidak begitu kisah tentang keadaan fizikal anak-anak Orang Asli yang berkaki ayam, mempunyai gigi yang kuning, dan rongang.  Dia kemudiannya memangku seorang anak perempuan anak orang asli di atas ribaanya dan menciumnya dengan penuh kasih sayang 
  • Bijak-apabila cuba mengubah pandangan negatif Cikgu Apek dengan beri penerangan baik tentang Agama Islam.Contoh pada muka surat 133 ...di pundak kami hanya tergalas dakwah bil haq, berdakwah dengan kebenaran atau uswah hasanah, iaitu dengan melakukan amal kebajikan.
  • Pandai meneka perwatakan orang-meneka keresahan yang terpancar di wajah sahabatnya iaitu Cikgu Apek.  Contoh petikan muka surat 130 Mesejnya masih buram aku terjemah.Aku membaca buncah yang berkocak di tasik wajahnya. tatkala bertentang muka, dia melarikan pandangan.  Aku dapat mengail resahnya.  Aku tahu dia bukannya membenci kedatanganku, awalnya ini ialah cerminan yang dia menagih perhatianku.
  • Mempunyai keazaman yang kuat- untuk mengubah mentaliti masyarakat kampung orang asli terhadap ilmu pengetahuan dan agama Islam dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu cikgu Apek untuk membawa perubahan kepada masyarakat di kampung itu. Contoh pada muka surat 133 ... kami bantu Cikgu Apek melentur inak-inak yang masih rebung.Kami ajak inak-menyertai bengkel mengubah bunga dan menjahit baju...
  •  
     


    Berdasarkan cerpen Cikgu Apek karya Siti Hajar Mohd Zali, jawab soalan-soalan berikut:

    a.       Huraikan 5 persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut (10M) 
    b.      Huraikan 5 watak dan perwatakan yang digambarkan oleh pengarang (10M)











        No comments:

        Post a Comment