KUPASAN ANTOLOGI TEKS CERPEN ANAK GLOBAL - DR. SITI KHARIAH MOHD ZUBIR & NORSALIZA MOHD SHUHAINI

Friday 21 October 2011

Cerpen Gelungnya Terpokah

Shahnon Ahmad (SN)

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan kehidupan masyarakat  yang bekerja sebagai petani. Kisah ini lebih ditumpukan kepada watak Jusoh  yang rajin mengerjakan sawah padinya demi memastikan keluarganya dapat merasai makanan hasil titik peluhnya. Jusoh mempunyai tujuh orang anak, pada suatu hari Jusoh mendapati petak sawahnya kering kerana gelungnya terpokah. Jusoh mula menuduh perbuatan itu disebabkan oleh Berahim iaitu penduduk kampong Banggol Derpad, iaitu satu kampong dengannya. Petak sawah Berahim bersebelahan dengan petak sawah Jusoh. Disebabkan itu, Jusoh mula berang dan ingin menetak Berahim kerana dialah, hasil tanaman padinya kering dan tidak menjadi. Namun, tindakannya itu disekat oleh isterinya kerana takut Jusoh akan dipenjarakan seperti yang telah berlaku pada Lebai Karim yang ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu Sudin. Melalui iktibar cerita itulah, isteri Jusoh melarangnya berbuat demikian demi masa depan anak – anaknya. Tetapi, isterinya memberi cadangan daripada menetak Berahim lebih baik menuangkan cuka getah ke atas lembu kesayangan Berahim. Jusoh setuju dengan cadangan isterinya lalu membeli cuka getah.
 Keesokan harinya, penduduk kampong gempar apabila belakang lembu kesayangan Berahim dicurahkan cuka getah. Kulit lembu hitam yang gemuk dan bergoh itu, kini merah macam cabuk naik bias. Mulai dari tulang belakang cuka berbisa itu mengalir di kiri kanan perut hingga tertumpu pusat. Masuk hari ke empat lembu Berahim menghembuskan nafas dengan matanya yang terbelalak, kelihatan urat – urat merah terbentang menandakan seksaan yang tidak boleh diceritakan. Disebabkan kejadian lembunya itu, Berahim mula naik minyak dan cuba mencari musuhnya itu. Jusoh yang gembira dengan tindakannya mula bekerja semula di petak sawahnya kembali. Kali ini, dia sendiri yang akan menjaga petak sawahnya sehingga air dipetak sawahnya betul – betul penuh dengan air. Supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. Tiba- tiba Jusoh ternampak kelibatan orang datang kearahnya, Jusoh nekad jika ada yang cuba menganggunya, akan dibunuhnya di situ selalu. Namun sangkaannya silap apabila bayang – bayang tersebut ialah isterinya sendiri yang sudah 20 tahun hidup bersama. Isterinya datang memberitahu bahawa Berahim menyuruhnya mengaku tentang perbuatan suaminya. Jusoh yang berang dengan Berahim berlalu pergi dan menjerit-jerit nama Berahim untuk menetaknya. Rupanya dia telah dikepung dan ditangkap oleh orang. Orang ramai memanggil Jusoh gila dan mahu menghantarnya ke Tanjung Rambutan. Isterinya tidak dapat brbuat apa –apa, hanya memandang sawahnya dan memikirkan siapakah yang akan mengusahakan tanah tersebut.

Tema

Cerpen “Gelungnya Terpokah” bertemakan tentang pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi. Sikap sesetengah masyarakat yang tidak mengamalkan adat- adat berjiran. Sebaliknya saling bermusuhan dan sentiasa berfikiran negative antara satu sama lain.

Watak dan perwatakan

Jusoh
  • Seorang suami dan bapa kepada isterinya, mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidupnya selama 20 tahun dengan isterinya.
  • Jusoh juga merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat jusoh rajin bekerja membanting tulang untuk menyudahkan petak sawahnya, supaya anak-anak dan isterinya dapat makan tiga kali sehari.
  • Jusoh juga seorang yang pemarah. Ini dapat dilihat apabila dia ingin menetak Berahim namun dihalang oleh isterinya.
  • Dia juga tidak berperikemanusiaan apabila mencurahkan cuka getah dibelakang lembu Berahim walaupun tahu lembu itu tidak bersalah.
  • Jusoh juga seorang pedendam apabila nama Berahim keluar dari mulut isterinya, dia cepat –cepat melaung untuk menetak Berahim
Isteri Jusoh
  • Seorang isteri yang menyayangi suami dan anak-anaknya. Dia selalu risaukan suaminya, takut akan dipenjarakan kerana hendak menetak Berahim.
  • Isterinya juga seorang yang tidak berperikemanusiaan apabila menyuruh suaminya mencurah cuka getah di lembu Berahim. Tindakan isterinya itu, telah menyebabkan suaminya ditangkap dan dianggap gila oleh orang kampong.

Berahim

  • Merupakan orang sekampung Jusoh dan petak sawahnya bersebelahan denga petak sawah Jusoh.
  • Dia juga merupakan tuan punya lembu yang dicurahkan cuka getah oleh Jusoh
  • Seorang yang pantang dicabar apabila dia bersiap sedia jika orang yang mencurahkan cuka getah itu datang kepadanya.
  • Berahim juga seorang yang penyayang , ini dapat dilihat apabila dia begitu menyayangi lembunya dan menanam lembunya.

Soalan esei
a. Berikan 2 sebab yang mencetuskan konflik anatar Jusoh dan Berahim sehingga permusuhan berlaku (4M) b. Nyatakan citra masyarakat yang tergambar dalam cerpen (10M)

Baca petikan cerpen dan jawab soalan-soalan berikutnya. 


                                      “Kita tak perlu menetak kepala Berahim”,kata bininya.
                                ”Nanti matinya, susah.Susahmu, susahku dan susah anak-anak kita. 
                                           Polis tentu dating menangkap. Tengok Lebai karim,
                                                      sampai sekarang tidur di dalam jel” 

a.       Berdasarkan petikan, berikan 2 perwatakan penutur? (4M) 
    
b.      Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan? (6M)

    No comments:

    Post a Comment