KUPASAN ANTOLOGI TEKS CERPEN ANAK GLOBAL - DR. SITI KHARIAH MOHD ZUBIR & NORSALIZA MOHD SHUHAINI

Friday 21 October 2011

Cerpen Melakar Impian

 Mohd Kasim Mahmud

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda bernama Rosli yang bercita-cita untuk mengusahakan projek membela burung ruak-ruak. Rosli mengutarakan ideanya kepada rakan- rakannya tetapi dia telah diketawakan oleh rakan- rakannya. Meraka merasakan rancangan Rosli tidak akan Berjaya dan mustahil untuk dilakukan. Rosli tidak mempedulikan kata – kata rakannya  dan berusaha meneruskan rancangannya. Rosli menyuarakan rancangannya kepada orang tuanya dan mendapat sokongan serta sedikit wang untuk membuat modal. Projeknya juga telah mendapat bantuan daripada pelbagai pihak dan berjalan dengan lancer. Berkat daripada kegigihannya, projek penternakan burung ruak –ruak telah mendapat hasil yang lumayan dan banyak mendapat tempahan daging burung ruak –ruak terutama daripada restoran – restoran dari bandar. Manakala rakannya yang dikenali sebagai kacang hantu telah terjebak dengan kejadian pecah rumah dan ditangkap oleh polis. Rosli bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya dan mengikat jamin mereka walaupun sebelum ini mereka memperkecilkan usahanya. Rakannya insaf dan Rosli mengajak mereka bersama – sama mengusahakan projek tersebut.

Tema

Kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan. Rosli yang gigih mengusahakan projek penternakan burung ruak-ruak walaupun diketawakan oleh rakannya akhirnya Berjaya menjadi usahawan.

Watak dan perwatakan

Rosli
  •      Anak muda
  •   Bertubuh kurus tinggi
  •     Tabah
  •    Berfikiran positif 
  •      Kreatif
  •      Tidak mudah berputus asa
  •      Bercita – cita tinggi
  •     Berani
  •     Tidak berdendam
Azwan
  •   Sahabat baik Rosli
  •   Berfikiran kolot
  •   Tidak bersetuju dengan cadangan Rosli yang ingin menternak burung ruak – ruak
  • Mudah mengaku kalah
  • Ditangkap mencuri oleh penduduk kampong
Fuad
  •   Sahabat baik Rosli
  •   Pengotor
  • Tidak bersetuju dengan cadangan Rosli yang ingin menternak burung ruak – ruak
  •   Mempersendakan rancangan Rosli untuk menternak burung ruak – ruak
  •   Ditangkap mencuri oleh penduduk kampong
Lamin
  •    Sahabat baik Rosli
  •   Tidak bersetuju dengan cadangan Rosli yang ingin menternak burung ruak – ruak
  • Ditangkap mencuri oleh penduduk kampong


 Soalan
a.        Jelaskan tema cerpen (4M)
b.      Bincangkan 3 persoalan yang terdapat dalam cerpen (6M) 
c.       Huraikan 5 nilai yang digambarkan dalam cerpen (10M)

    1 comment:

    1. Assalamualaikum.. Dr. Terima kasih dengan ilmu yang diberi. Semoga bermanfaat kepada semua.

      ReplyDelete